Thursday 27 September 2012

Surat Permohonan











Tarikh             :    31 Ogos 2012
Rujukan kami  :    SRIIDU/ADM01/12 (028)
Rujukan tuan   :

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Kepada :

Yang Berkenaan,


semoga dirahmati Allah SWT.


MEMOHON SUMBANGAN BAGI TUJUAN PEMBINAAN SURAU DAN KELAS TAHFIZ 

Saya, Mudir Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum mendoakan Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan sentiasa di dalam lembayung kasih Allah SWT, dilimpahi ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan di dunia sehinggalah ke akhirat.

2. Kami berusaha sehabis tenaga membina dan menguruskan sekolah ini dengan seribu harapan untuk melahirkan generasi yang hafiz Al Quran, usaha yang getir dan penuh cabaran ini alhamdulillah berhasil berkat doa sokongan insan-insan yang prihatin.

3. Pihak kami telah membeli sebidang tanah seluas 3 ekar di Bandar Seremban dan berusaha keras untuk mendirikan sebuah bangunan lengkap dengan surau, kelas, dewan dan asrama dengan anggaran kos RM 4.5 juta.

4. Setakat ini pihak kami baru dapat mengumpulkan dana sekitar RM 300,000. Kami rasa betapa kelemahan dan kemampuan kami yang amat terhad. Kepada Allah kami mengadu betapa rindunya hati kami untuk melihat sekolah ini terbina. Juga kepada Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan yang sudi mendengar keluhan kami untuk bersama membantu kami mendirikan sekolah tahfiz ini.

5. Di ruang ini, kami dengan rasa rendah hati memohon simpati pihak Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan sekiranya ada sedikit sumbangan untuk sekolah Tahfiz ini, pihak kami hanya mampu mendoakannya semoga Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan sentiasa menjadi insan pilihan kekasih Allah SWT.

6. Bersama ini kami sertakan bersama Profil ringkas SRII Tahfiz Darul Ulum untuk pemerhatian pihak Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan. 

Besarlah harapan kami kepada pihak Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan sudi membantu kami demi cita-cita murni ini. Segala kerjasama dan sokongan daripada pihak Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan, kami terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih.

Kami mendoakan pihak Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan sekeluarga mendapat keberkatan Allah SWT dan bahagia di sepanjang kehidupan dunia dan akhirat.


Sekian dan terima kasih.


‘BERILMU, BERIMAN DAN BERAMAL’

  
MOHD KHAIRI ZAINUDDIN
Mudir SRII Tahfiz Darul Ulum




Add caption


Wednesday 26 September 2012

Pamplet



SRIIDU

Seramai 50 pelajar yang terdiri daripada 30 orang lelaki dan 20 orang perempuan yang berumur daripada 7 tahun sehingga 11 tahun.

Ini antara aktiviti pelajar pada waktu pagi.